Jual Rumah Jual Rumah Anda kepada Kami Soalan Investment Sewa Rumah Hubungi Kami

 

Apa pen-jual hartanah berkata tentang kami

"Saya jual rumah saya dalam 4 hari. Jualan cepat dan licin. Tiada tekanan. Pembeli menjelaskan kepada saya tentang proses jualan rumah. Dengan penjelasan, saya faham dan berasa senang hati dengan proses jual beli."

- Encik Farid, Shah Alam

"Pembeli memberi kami beberapa cara untuk men-jual hartanah. Kami memilih satu yang memberikan kami harga yang lebih tinggi daripada jualan di pasaran. Kami mendapat lebih banyak wang daripada diharapkan, terima kasih."

- Tok Ismail, Selangor

"Saya men-jual rumah saya dibawah harga pasaran untuk jualan cepat. Oleh kerana saya menjimatkan yuran agen dan kos jualan lain dan bayaran faedah ansuran pinjaman bank, yang perlu dibayar jika saya menunggu, saya dapat menjual dalam harga yang lebih rendah untuk mempercepatkan proses jual beli. Sebelum ini, saya sudah menunggu beberapa bulan untuk agen rumah menjual hartanah tanpa hasil. Jualan cepat ini membolehkan saya maju ke depan di dalam kehidupan saya dan membebaskan saya daripada tekanan membayar ansuran bulanan gadai janji pinjaman bank dan pangilan bank."

- Puan Maimunah, Kuala Lumpur

Klik di Sini untuk Menjual Hartanah Anda kepada Kami

"Saya men-jual kedai saya dan sewa balik. Saya masih menjalan bisnes dari kedai yang sama. Sekarang, saya mempunyai lebih banyak wang tunai untuk meningkatkan bisnes saya. Saya berasa gembira kerana dapat men-jual kedai dan sewa balik kedai. Oleh kerana saya sewa kedai dalam perjanjian 'lease option', saya boleh mem-beli kedai balik apabila kewangan bisnes saya menjadi lebih stabil."

- Mr Liow, Cheras

"Saya mempunyai satu hartanah yang lama dan usang yang memerlukan banyak kerja pembaikan. Saya berasa risau untuk tunggu lama sebelum ada orang membeli. Saya takut saya terpaksa membelanjakan banyak duit untuk membaiki rumah itu sebelum ia boleh dijual. Nasib baik, pembeli mem-beli rumah saya dalam 3 hari selepas melihat properti tersebut. Saya berasa senang hati dan lega dapat melepaskan risau saya."

- Encik Ahmad, Selangor

"Saya baru membeli sebuah rumah dan mempunyai masalah peribadi dan perlu berpindah balik ke kampung saya. Jika saya menjual rumah kepada orang lain, saya akan rugi banyak kerana terpaksa membayar penalti bank besar disebabkan pinjaman bank 'lock-in period'. Begitu melegakan apabile pembeli dapat mengambil-alih tanggung jawab untuk mmebayar balik ansuran gadai janji pinjamn bank supaya saya dapat berpindah keluar dengan serta merta. Rumah dijual dalam masa 4 hari dan semua dan perjan jual beli ditandatangani kurang dari satu bulan. Saya mengelak diri daripada membayar penalti bank. Pembeli juga membayar yuran peguam, yuran penilaian dan kos jualan rumah yang lain. Saya juga dapat men-jual rumah saya pada harga pasaran.

- Cik Catherine Yee, Puchong

"Saya mewarisi satu hartanah daripada ayah saya di Pulau Pinang tetapi saya tidak ada masa untuk menguruskan sewa and isu penyewa properti. Saya tidak dapat berjalan dari Johor ke Pulau Pinang untuk menguruskan hal properti, sebab saya sibuk dengan bisnes saya dan perlu menjaga keluarga saya di sini. Pembeli melihat properti dan suka dan menawarkan saya satu harga yang munasabah dalam masa 5 hari. Saya boleh tidur dengan senang sekarang kerana masalah properti telah diuruskan."

- Encik Ramasamy, Johor

Jual Rumah Cepat
Isi butir-butir anda. Kami akan panggil anda balik dengan tawaran.