Jual Rumah Jual Rumah Anda kepada Kami Soalan Investment Sewa Rumah Hubungi Kami

 

Apakah Kos Jualan Rumah yang terlibat?

Servis kami adalah PERCUMA jika anda men-jual rumah properti anda kepada kami. Kos anda adalah harga rumah dijual di bawah harga pasaran terbuka. Definasi harga pasaran terbuka adalah harga persetujuan di antara pembeli dan penjual, iaitu nilai properti.

Kami menentukan harga pasaran terbuka melalui pengalaman, penyelidikan dan bukti. Nilai pasaran terbuka didiskaunkan untuk jualan cepat. Amaun diskaun berbeza tertakluk kepada kes individu.

 

Apabila seorang pembeli mem-beli sebuah rumah, beliau menanggung semua risiko dan kos terlibat dengan properti sehingga rumah dijual. Pembeli terpaksa menolak peluang pelaburan lain. Secara umum, diskaun daripada jualan rumah menolong meliputi kos tanggungan untuk pem-beli rumah.

 

Tujuan kami adalah untuk menyelesaikan masalah pen-jual rumah. Matlamat kami adalah untuk mencapai persetujuan yang adil untuk kedua-dua pihak pembeli dan penjual. Jika penjual tidak mendapat faedah daripada dalam proses jual beli rumah, kami tidak akan menasihatkan supaya dia men-jual rumah kepada kami. 

 

Kami menawarkan pelbagai cara penyelesaian untuk menolong pen-jual dalam pelbagai situasi selain daripada menawarkan wang tunai untuk hartanah properti. Tujuan kami adalah untuk membebaskan pen-jual rumah daripada beban kewangan dan emosi yang tertimbul daripada pemilikan rumah yang anda tidak inginkan lagi. Kami menjanjikan cara penyelesaian yang cepat.

Walaupun  anda tiada mempunyai ekuiti atau sedikit ekuiti atau anda tidak merasa senang menjual properti di bawah harga pasaran, kami masih boleh menolong anda. Cuba memberi kami satu peluang dan melihat apa yang kami boleh buat untuk anda.

Men-Jual Rumah Anda melalui Agen Rumah

 

Dalam realiti, inilah yang akan berlaku dengan agen rumah:

 

Anda menghubungi agen hartanah dan menguruskan satu miting. Anda menunggu satu minggu untuk agen rumah mengambil gambar properti anda. Agen rumah mendapatkan butir-butir properti selepas mendapatkan gambar dan pengukuran.

 

Seorang agen rumah yang cekap akan membuat iklan untuk rumah dijual dalam suratkhabar dalam masa tiga minggu. Jika anda bernasib rumah properti anda akan juga tersiar dalam internet.

 

Selepas lima minggu atau lebih selepas menghubungi agen anda mulai mendapat orang melihat rumah anda. Rumah anda mesti dibersihkan dari atas ke bawah dan kerja pembaikan yang perlu dilakukan melibatkan beratus-ratus ringgit.

 

Seandainya selepas limabelas kali rumah anda dilihat terdapat seorang pembeli. Selepas lebih kurang sepuluh minggu terdapat seorang pembeli yang berminat untuk mem-beli properti anda! Beliau perlu menguruskan perjanjian gadai janji dengan bank dan ini akan mengambil masa dari sepuluh hingga empatbelas minggu. Peguam beliau akan menghubungi peguam anda untuk mereka memulakan kerja peyemakan dan kerja lain.

 

Dalam masa yang kritikal ini, pembeli boleh menarik diri dari proses jual beli rumah anda dan ramai orang berbuat begitu!

 

Jika pembeli mungkin berasa tidak puas hati dengan hasil penyemakan peguam. Pembeli mungkin tidak layak mendapatkan perjanjian gadai janji dari bank. Pembeli mungkin mendapat tawaran hartanah yang beliau lebih suka. Pembeli mungkin tidak boleh menjualkan rumah beliau untuk membayar anda. Terdapat banyak faktor diluar kuasaan yang akan menjejaskan pembeli.

 

Andaikan pembeli gembira dan persetujuan jual beli rumah berlaku sebagaimana yang diinginkan, perjanjian akan selesai selepas tiga bulan selepas anda menghubungi agen. Ini adalah optimistik.

 

Apa akan berlaku jika agen tidak dapat mencari seorang pembeli? Anda mungkin terpaksa membayar gadai janji untuk dua buah rumah, satu untuk rumah baru yang anda baru beli dan satu lagi untuk rumah anda yang anda tidak boleh jual.

 

Seorang agen hartanah menguruskan banyak hartanah pada masa yang sama. Jika properti anda bukan satu hartanah yang popular, ia mungkin tersenarai di bawah senarai hartanah yang diuruskan. Agen dapat menjimatkan kos iklan jika beliau membuat kurang iklan, dan properti anda tidak mendapat persiaran sebagaimana yang diinginkan. Ia mungkin mengambil masa selama enam bulan hingga sembilan bulan atau lebih lama lagi sebelum terdapat orang yang melihat properti anda untuk membuat tawaran mem-beli rumah anda.

 

Semasa menunggu, anda masih perlu membayar bayaran ansuran bulanan gadai janji kepada bank. Jika anda tidak dapat memenuhi bayaran ansuran gadai janji untuk dua buah rumah, anda mungkin terpaksa melepaskan satu properti dan kena membiayai kos kerugian properti tersebut.

Soalan Yang Sering Ditanya:

Mengapa Men-Jual Rumah Anda Kepada Kami? Mengapa memilih kami?
Apakah Kos Jualan Rumah?
Perlu Jual Rumah Cepat?
Men-Jual Rumah Melalui Agen Rumah
Perlu Jual HARI INI? Mahu Pindah Keluar SEGERA?
Hentikan Bayaran Ansuran Pinjaman Bank SEKARANG?