Jual Rumah Jual Rumah Anda kepada Kami Soalan Investment Sewa Rumah Hubungi Kami

 

sell house malaysia 

Perlu Jual HARI INI?
Mahu Pindah Keluar Dengan SEGERA?
Berhenti Bayaran Ansuran Pinjaman SEKARANG?

Tiada Masalah!
 Kami ada cara penyelesaian untuk setiap situasi.

Kami ada pelbagai cara penyelesaian untuk menolong penjual rumah.

Ada masa menjual rumah untuk tunai adalah tidak sesuai. Ini berlaku apabila rumah anda tidak mempunyai ekuiti atau sedikit ekuiti di dalamnya. Jika anda perlu berhenti membayar ansuran pinjaman, kami dapat menolong anda memberhentikan bayaran gadai janji dalam masa 7 hari dengan menggunakan Lease Options. 

 

Inilah cara ia berfungsi:

Andaikan anda mempunyai sebuah rumah yand perlu dijual dengan cepat. Jika rumah dijual oleh agen rumah, masa penyelesaian tidak pasti dan dalam pasaran di mana bekalan hartanah terlalu banyak, rumah anda tersangkut di dalam pasaran untuk masa yang lama tanpa dijual. Agen rumah akan menasihatkan anda supaya mengurangkan harga lagi untuk mnarik minat pembeli. Jika hartanah anda tidak mempunyai ekuiti, anda tidak boleh mengurangkan harga tanpa mengalami kerugian.

Dengan lease options, kami mengambil alih tangunggan bayaran pinjaman ansuran anda  dan peyelenggaraan hartanah anda sehingga kami boleh membeli rumah kelak hari apabila harga telah meningkat. Selepas perjanjian telah ditandatangani, yang akan mengambil masa 7 hari, anda boleh berpindah keluar dari rumah dengan serta merta tanpa apa-apa beban berkaitan dengan pemilikan rumah. Kami akan melantik seorang peguam bebas untuk anda dan membayar semua yuran peguam anda. Kami bersetuju satu tempoh di mana kami akan memenuhi kewajipan kami. Sehingga masa itu, kami memiliki option untuk membeli rumah anda dalam harga yang dipersetujui, dalam tempoh di antara 3 hingga 7 tahun. 

Dengan pendek, kami meyewa ("lease") hartanah daripada anda dengan membayar bayaran gadai janji anda dan menguruskan rumah anda dan anda memberikan "option" untuk membeli rumah daripada anda pada masa depan.

Anda dibebaskan daripada segala tangungjawab berkaitan rumah anda pada tempoh tersebut. Hasilnya, seperti anda telah men-jual rumah!

Lease option adalah sesuai untuk situasi berikut:

  • Jika anda menghadapi kelewatan bayaran pinjaman atau tarik balik. 
  • Anda ingin berpindah rumah dengan segera tanpa beban gadai janji.
  • Hartanah anda tidak mempunyai ekuiti. 
  • Anda tidak memerlukan banyak wang tunai. 
  • Anda ingin mendapatkan harga jualan pasaran hari ini tanpa merisaukan pasaran hartanah pada kelak hari. 

Perkhidmatan ini adalah percuma. Anda boleh bebas daripada bayaran pinjaman gadai janji dalam masa beberapa hari sahaja. Dengan cara fleksibel lease option, kami boleh struktur perjanjian untuk menyelesaikan jual beli rumah dengan cepat dan memenuhi keperluan anda.

Bebaskan Anda Daripada Haratanah Anda!

KLIK di SINI untuk mendapatkan Tawaran SEKARANG

Atau, PANGGIL Kami untuk perbualan ramah di03-__________ (24 jam)